Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 3) Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan

RM1,470 (1 HARI - ONLINE)

SYARAT ASAS PERMOHONAN

Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam aktiviti penyediaan profil risiko kewangan, penyediaan penyata aliran tunai dan penyata nilai bersih pelanggan.

KOMPETENSI YANG DINILAI

Calon yang memohon Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan melalui kaedah PPT akan dinilai berdasarkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti prospek pelanggan, penyelenggaraan pangkalan data perancangan kewangan, penyediaan profil risiko kewangan, penyediaan penyata aliran tunai serta penyata nilai bersih pelanggan, dan cadangan pelaksanaan kempen kesedaran perancangan kewangan.

Penilaian kompetensi menumpukan kepada kebolehan calon dalam mengurus maklumat kewangan, menganalisis kedudukan kewangan pelanggan, serta menyokong proses perancangan kewangan secara sistematik, teliti dan beretika.

Calon juga perlu menunjukkan kemahiran komunikasi, analisis data kewangan, pengurusan maklumat, penggunaan teknologi serta integriti dalam menjalankan tugasan sokongan pra-perancangan kewangan.

SENARAI KOMPETENSI TERAS BIDANG KEMAHIRAN SKM 3 PERKHIDMATAN SOKONGAN PRA-PERANCANGAN KEWANGAN [K661-004-3:2025]

  • Conduct Prospecting Activities
  • Maintain Clients' Financial Planning Database
  • Prepare Clients’ Financial Risk Profiling
  • Prepare Client's Cash Flow Statement
  • Prepare Client’s Net Worth Statement
  • Propose Financial Planning Awareness Campaign

SASARAN PESERTA SKM-PPT PERKHIDMATAN SOKONGAN PRA-PERANCANGAN KEWANGAN [K661-004-3:2025]

Program persijilan (SKM-PPT) bidang kemahiran ini sesuai untuk peserta dalam bidang pekerjaan berikut:

  • Perunding Kewangan
  • Perancang Kewangan
  • Ejen Takaful / Ejen Insurans
  • Ejen Unit Amanah
  • Perunding Wasiat & Pusaka
  • Pegawai Khidmat Kewangan
  • Perunding Risiko Kewangan

KAEDAH PENILAIAN KETERAMPILAN

  • Penilaian Portfolio bagi calon yang memiliki dan boleh mengemukakan bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.
  • Penilaian Amali bagi calon yang tidak mempunyai bukti/dokumen pengalaman mencukupi dalam bidang berkaitan.

PROSPEK PEMBELAJARAN LANJUTAN

Calon yang dianugerahkan SKM 3 Perkhidmatan Sokongan Pra-Perancangan Kewangan layak memohon bagi persijilan

  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Operasi Outlet Peruncitan [K661-004-4:2025]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda melalui APEL.A T6

PENDAFTARAN PROGRAM

Sila hubungi kami 016-938 7308 (En. Aizuddin) untuk maklumat lanjut tentang program atau klik butang WhatsApp di bawah.

Jom Tukarkan Pengalaman Kerja Anda Kepada Sijil & Diploma Yang Diiktiraf Kerajaan

Hubungi Kami Segera Untuk Maklumat Lanjut Persijilan PPT

Terima kasih, maklumat anda direkod. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.