Malaysian Institute of TVET Educators (MITE) berdaftar sebagai sebuah Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda tanpa sebarang sokongan atau pengaruh politik kerana MITE percaya bahawa pendidikan TVET mesti kekal suci untuk memacu kehidupan setiap insan.

MERAH mewakili VISI kami untuk menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga mahir negara melalui pelaksanaan program TVET yang berkualiti, diiktiraf dan relevan dengan keperluan industri semasa.

UNGU mewakili MISI kami dalam menyediakan program latihan kemahiran yang inovatif dan berkualiti tinggi.

OREN mewakili TVET yang merupakan agenda utama penubuhan MITE. Pada kami, TVET adalah masa depan yang mampu membawa negara kepada sumber tenaga mahir yang dan tidak perlu bergantung kepada sumber luar semata-mata.

BIRU mewakili PPT di mana usaha kami adalah membantu seramai mungkin pekerja mahir berpengalaman di luar sana yang tidak memiliki kelayakan formal, sekurang-kurangnya mendapat Diploma Kemahiran Malaysia secara kaedah PPT.

Geometric shape
Overlay Shape
Feature Image
Creative Solution

Pengalaman dan kemahiran anda sangat bernilai, MITE sedia membimbing anda menjadi tenaga kerja yang kompeten

Dengan pendekatan latihan berasaskan standard dan kompetensi yang diiktiraf, MITE bersedia membantu pekerja mahir mendapatkan pengiktirafan yang berhak dimiliki bagi kemajuan kerjaya.

  • Latihan berorientasikan industri dan berasaskan amali
  • Yuran yang berpatutan dan program yang fleksibel
  • Pensijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • Peluang untuk sambung belajar ke tahap lebih tinggi

Pencapaian Kami

Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, kami telah menerima pelbagai anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa

IAM 2021
SUPERB
eRezeki
MCY 2017
BRONZE AWARDS

International Innovation Arsvot Malaysia (IAM 2021)

PEMENANG

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera

PEMENANG

Rakan Strategik Program eRezeki

PEMENANG UTAMA

Anugerah Usahawan Sosial 2017

Pasukan MITE

Kami bukan sekadar tenaga pengajar. Kami pembimbing, penyokong dan rakan anda sepanjang perjalanan TVET. Setiap ahli pasukan kami membawa pengalaman dunia sebenar terus ke dalam bilik latihan.

Female Doctor
Wan Hairul Azzuan
Ketua Pengarah / Tenaga Pengajar
Hairul berpengalaman dalam kerjaya sebagai seorang Penganalisa Data & Perancang Korporat di sektor hartanah, pengangkutan dan perbankan sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam bidang perniagaan sejak tahun 2016.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (UPM)
  • DLKM Kepimpinan Korporat
  • DKM Pengajaran TVET
  • DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
  • DKM Pentadbiran Jualan & Pemasaran
  • DKM Perancangan & Pelaksanaan Pemasaran Digital
  • DKM Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
  • NCS Pemudahcaraan
Male Doctor
Nik Azfar
Pengarah Operasi / Tenaga Pengajar
Nik merupakan individu yang terlibat secara aktif bagi segala operasi harian di MITE. Sebelum mula berkhidmat dengan MITE sejak 2018 sebagai Pengarah Operasi, Nik merupakan seorang GIS Analyst di beberapa buah syarikat sekitar Lembah Klang.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Remote Sensing (UTM)
  • DLKM Kepimpinan Korporat
  • DKM Pengajaran TVET
  • DKM Pengurusan Keusahawanan Kecil & Sederhana
  • DKM Inovasi & Pembangunan Rekabentuk Produk
  • SKM 3 Operasi Latihan Vokasional (VTO)
  • SKM 3 Urutan Sukan
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
Male Doctor
Marsyazalina
Pengarah Latihan / Tenaga Pengajar
Marsya mempunyai pengalaman kerja lebih 10 tahun di dalam kesetiausahaan & pengurusan pentadbiran di beberapa buah syarikat di dalam sektor pembuatan, logistik dan automotif sebelum dilantik sebagai Pengarah Latihan di MITE sejak tahun 2020.
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (UiTM)
  • DKM Pengurusan Pentadbiran
  • DKM Pentadbiran dan Jualan Pemasaran
  • SKM 3 Operasi Outlet Peruncitan
  • SKM 3 Pentadbiran Pejabat
  • SKM 3 Setiausaha Korporat Eksekutif
  • SKM 3 Pentadbiran Industri
  • SKM 2 Khidmat Sokongan Operasi Pengalaman Pelanggan
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
Faezah Noor
Pengurus Pusat Bertauliah
Sebelum memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pusat Bertauliah di MITE, Faezah mempunyai pengalaman kerja sebagai Konsultan Pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi swasta. Di MITE, Faezah menguruskan proses pendaftaran dan persijilan peserta.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi Marin (UMT)
  • DKM Pengurusan Pentabiran
  • SKM 3 Pentadbiran Pejabat
  • SKM 3 Setiausaha Korporat Eksekutif
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar
Zati Bayani
Pengurus Latihan
Zati berpengalaman dalam penyelarasan pemasaran produk, pengurusan projek dan pembangunan kemahiran. Di MITE, Zati bertindak sebagai pereka bentuk bahan pemasaran program selain menyelaras jadual latihan serta mengurus proses penilaian peserta program PPT.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi (USM)
  • DKM Aplikasi Rekabentuk Grafik (Digital)
  • SKM 3 Rekabentuk Grafik (Digital)
  • SKM 3 Rekabentuk Visual Web & Aplikasi Mudah Alih
  • NCS Latihan Tenaga Pengajar

Daftar Sesi Taklimat Program Sekarang!

Isi Butiran Di Bawah Dengan Lengkap.

Terima kasih, maklumat anda direkod. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.